03.autumn & heart

Follow|Home
30 August 2017 | 1:40 AM | 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bila disebut tentang air,
Entah berapa kali paip air dibuka,
Entah berapa kali juga aku membiarkan ianya,
mengalir laju tanpa ditadah.

Tapi, entah berapa kali juga,
Air mata yang mengalir?
Mengadu dan menangis mengenangkan dosa,
Yang pasti Allah ampunkan tiapkali kita,
Bertaubat.

Entah berapa kali diri ini menangis,
tanpa sedar,
Cuba bangkit dari jatuh,
Cuba bangkit dengan semangat dari manusia
yang berkali-kali memberi kata semangat,
Tatkala yang sepatutnya ada,
Pergi..

Berkali juga,
Air mata ini bergenang,
Tanpa dapat dikira,
berapa kali dalam seminggu,
Ia mengalir tanpa sedar.

Moga-moga ada pelangi,
Yang menggantikan segala duka,
Yang muncul tatkala air hujan berhenti turun,
Menyinari hati dan membuatkan diri menari
seperti di taman.

Insha-Allah.


0 Comments available :

Post a Comment