@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Kehilangan
12 June 2017, 11:37 PM
Assalamualaikum wbt.

First of all, entry kali ni, aku mulakan dengan marilah kita bersama-sama membaca al-fatihah dan sama2 kita sedekahkan pada sahabat atau insan yang telahpun menghadap Ilahi.

Tahun 2017, tahun aku dapat merasakan orang yang aku kenal mula pergi meninggalkan dunia.. satu per satu..

Awalnya, sahabat sekolah, Amira Dayana, lemas. Sahabat yang aku selalu ingat akan gelak tawa dia. Even bukan satu kelas, tapi di hostel, ktorang selalu lepak sekali. Ada satu momen yang kelakar, di bulan puasa, kitorang panjat pagar sebab nak gi beli ayam madu. Tapi, kedai tu tutup. Memang gelak je ktorang.. tu la.. buat hal lagi. adeh.

Kemudian.. adik saudara angkat aku.. Amirul Najmuddin.. Muda 3 tahun dari aku. Jarang jumpa, tapi selalu baca update dia di instagram. Seorang yang selalu berusaha untuk mati dalam husnul khatimah. Dan aku yakin, Ayul dapat apa yang dia impikan. Meninggal dunia ketika otw ke masjid. :)

Kemudian, Ahmada.. Junior CAT. Meninggal pada 1 Ramadhan. Aku tak kenal sangat. Tapi sempat usik2 dia kat group Whatsapp. Sebab dia suka buat lawak hambar. So aku mencelah la. Siapa Mada ni, asal hambar sangat lawak kau dik. -_-'
Alhamdulillah.. diberi kesempatan menjadi imam solat maghrib setelah berbuka puasa 1 Ramadhan, Ahmada dijemput panggil ke Ilahi.

Kemudian, blogger Shea Rasol. Aku takde kenal sangat. Tapi kakak aku beria tanya, betul ke dia kanser. Then, baru aku start stalk. The one who is fighting with her cancer. Mempunyai ramai sahabat yang mashaAllah.. ikhlas utk ke syurga.

***

Bila melihat satu per satu.. Dijemput Ilahi.. belum masuk lagi yang student UPNM kena seterika. Allahu.

Tiba-tiba teringat akan diri sendiri. Bagaimana agaknya dengan diri sendiri punya turn nanti. Sebab, mati itu pasti.

***

Tapi, at the same time.. Aku bayangkan.. what if orang yang aku sayang pergi dulu sebelumku. Aku jadi sebak. Sebab aku masih ada sahabat, adik beradik, parents yang alhamdulillah.

Lagi2, bila ada sahabat yang..selalu mention nak sekali dengan aku kat syurga. Sebab berpisah kat dunia pun rindu, akhirat nak lepak lama selama-lamanya.

***

banyak aku jumpa kawan-kawan yang baik.
haritu, geng kelingss. haha. geng sekolah rendah. aku ngadu, selalu nak sahur, tapi tkde orang kejutkan. tetiba esoknya, Ika call aku banyak kali. kejut sahur. terharu aku. -_-

lepastu, ada orang dm ig, Diba, katanya aku hadiah daripada Allah untuk dia. tapi Diba taktau ke, aku selalu bersyukur, sebab Allah temukan aku dengan sahabat ikhlas macam Diba. Sampaikan.. haha. bila kitorang suka orang yang sama. Sungguh. aku nak dia yang dapatkan orang tu. Aku takpela. boleh cari lain. kehkeh.

sampaikan haritu, sungguh2 nak berbuka puasa dengan Diba, then aku balik Bangi. lol.

***

banyak lagi sahabat aku yang baik. Nadia Shafinaz pon. haha. banyakkklaaaa.

thanks sebab kenal siapa aku. maaf if ada buat salah n silap. sentiasa ingat aku dalam doa korang, k. :)

hijab image

***

p/s: taktau nak p/s apa. -__- macam nak tuju kat someone, tapi tak rasa dia baca blog aku. sebab maybe dia busy. tapi takpela.

sekian.
« older entriestoprecent entries »