@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Siapa Safiey Ilias?
23 April 2016, 11:20 PM
Assalamualaikum.

Hari ni tetiba terdetik nak tulis pasal Safiey Ilias.

Siapa beliau?

Jutawan pada usia 19tahun. Now he is 22.

Aku macam..wa........#kagum

Aku dapat tahu cerita dia, sebab ada orang share dekat facebook.

Seorang maknyah kembali kepada fitrah.
Sebenarnya, aku tak berapa suka panggil orang lelaki lembut sebagai 'maknyah'.
Haha.

Sebab macam tak nice.

Seriously talk.. Aku memang terinspirasi dekat beliau.

aku tak sangka dia sebenarnya lelaki. Sebab dia lawa gilaaaaaa make up jadi perempuan. Haha. Macam muka Indah AF wehh. serius.. tak tipu....

Beliau mendapat hidayah untuk kembali ke pangkal jalan..
Sebab.. beliau cari hidayah tu.


___

Dan aku sangat sangat sangat suka kawan dengan lelaki lembut ni. Sebab diorang macam something tau. Diorang sebenarnya tahu diorang lelaki. Tapi, perwatakan yang semula jadi just lembut. Bukannya diorang nak jadi perempuan. Diorang taknak lawan fitrah.

Yang membuatkan golongan seperti ini berubah sebab ada mulut-mulut manusia suka benor menjatuhkan semangat orang lain.

Manusia sekeliling hanya tahu menghukum tanpa memikirkan solusi.
Manusia sekeliling hanya rasa dirinya sahaja yang betul tanpa memikirkan garis panduan Islam yang sebenarnya.
Islam = Sejahtera

Islam agama yang sejahtera. Mendamaikan.

Kenapa masih wujud muslim yang suka mendesak? Desakan tanpa mengajak berpimpin tangan menuju ke syurga Allah.

Aku pernah berada dalam situasi begitu.

Aku dipandang enteng oleh masyarakat yang so-called-baik .
Bila aku tanya, "what should i do. will you help me..?"
yang aku dapat ialah.. pandangan sinis dan dihiraukan.

Sentap itu, Allah sahaja yang tahu. Dan aku pon berhuhuhu mendiamkan diri sahaja.. Sebab payah nak cari orang yang sanggup pimpin tangan ni menuju ke jalan redha Allah.

___

Okay cut the crap. Malas nak cerita pasal diri sendiri. Haha.

___

Aku ada kenal junior-junior yang berperwatakkan lembut ni. Aku suka berkawan dengan mereka ni.. Sebab mereka sangat comel hokay! Dan aku rasa menyampah gila bila ada lelaki yang acah-acah macho gagah bergaya ni kutuk mereka yang lembut.

Serius rasa nak lempang je lelaki macam tu. I mean lelaki yang suka mengutuk lelaki lembut.
#emo

___

Bila diri dalam kegelapan, mohon hulur tangan untuk kita sama-sama berubah, bukan mengherdik dan merasakan diri dah cukup banyak pahala.

___

Dakwah itu berseni..
Mad'u ana, sahabat ana.

___

Sekian.. Doakan diri ini sentiasa disinari cahaya iman dan istiqamah dalam mencari redha Ilahi.



« older entriestoprecent entries »