@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Baik
09 March 2016, 11:12 PM


"Macam mana nak jadi baik?"

Eh? Terkejut Jasmin mendengar soalan tiba-tiba itu.

Minn memandang Jasmin. Menunggu jawapan.

"Um.. Pengislahan diri?"

"Pengislahan tu apa?" Minn membuka penutup bekas aiskrim. Sudu dicapai dari rak.

Jasmin menarik kerusi di meja makan itu. Dia duduk. Seketika dia diam memikir.

"Islah tu maksud dia secara kasarnya 'baiki'. So, apabila pengislahan tu akan jadi 'pembaikan'la.."

***

"Oh.." Minn diam seketika."Macam mana nak define 'baik'"

***

"Definition dia mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'."

"Maksud?" Dahi Minn sedikit berkerut.

"Apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, tu baru namanya 'baik'."

"Amar makruf nahi mungkar." Minn  menyambung.

"Betul." Jasmin menganggukkan kepala.
"Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni memang kena secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi 'baik' tu tak tercapai lagi."

**

"Contoh?"

"Hmm.." Jasmin menggosok dagu cuba mengingat. "Ingat Al-Baqarah:208?" Dia memandang Minn.

"Masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya." Spontan Minn menjawab. Memang ingat ayat itu. Sebab selalu disebut dalam waktu sesi-sesi perkongsian.

Jasmin angguk lagi.

"Kalau untuk Muslimah macam kita ni, nak contoh mudah kalau kita ambil isu aurat la."

Minn masih mendengar dengan penuh minat. Seketika puding roti di hadapan kedua-dua mereka dilupakan.

***

"Selalu je kan orang argue pasal pakai tudung ni.." Jasmin mengukir senyum nipis sambil mengangkat bahu. "Ada orang kata biar la tak pakai tudung pun, janji solat cukup 5 waktu sehari semalam. Pasal ada je orang yang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan,buat maksiat. Kira kat sini lah kebanyakan orang kita selalu salah faham."

"Sebab  anggap Islam tu sekadar cukup je bersimbolkan dengan solat?" Minn cuba memastikan.

"That." Jasmin memetik jari sambil mengangguk lagi. "Betul,solat tu tiang agama. Tapi Islam tu bukan hanya tertegak dengan solat je. Apabila Allah dah sebut dalam ayat 'masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan' tu, maknanya kena settle daripada segala benda. Pasal solat, aurat, muamalat, yada.. yada.. segala benda yang ada kat dunia ni la senang nak cerita."

"Addin." Minn sengih.

***

"Addin.. Way of life. Cara hidup. Maka.."

"Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.." Minn membuat kesimpulan.

"dan  kalau pakai tudung, tapi tak solat pun tak cukup baik lagi..." Jasmin menyambung.
"Pakai tudung, tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi baju ketat jarang berbayang, pun tak kira  cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana kalau baju tu form-fitting dan selendang pula jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi la tu.. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu."

"Hm.." Minn memutar sudu di tangan.

"Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut."

"True." Minn mengiakan.

***

"It's not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It's  about masuk ke dalam Islam secara total. Then, THAT is 'baik'.

***

Petikan ayat daripada novel Hlovate.. Versus. Watak yang saya suka. Minn Edina.

Jadi... jom jadi BAIK!



credit: google

Apa??? Masih ragu-ragu??


Moga syurga buat antum! 

Assalamualaikum.

Labels: , , , , ,

« older entriestoprecent entries »