@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Tips Study Cara Aku
22 December 2015, 12:44 AM
Assalamualaikum.

Di malam yang hening ini.. tatkala diri belum mengantuk.. izinkan saya... haha!

Izinkan saya menulis. Esok keje lagi... otak da mula nak capai tahap pelajaran baru. Sis sangat takot.

Okei. Ni post.. macam bagus je nak bagi tips. Haha.

Sape2 yang boleh ikut, ikut la. Sape yang tak rasa boleh ikut.. jangan ikut. Hoho..

Aku rasa menyesal sebab tak ikut tips ni masa sekolah dulu. Kalau tak mesti sekarang dah housemanship kat UK ke. cis berangan medik lagi. hahaha.

Aku tak kata la tips aku ni berkesan ke apa. Yang penting lillahitaala.. inshaAllah.. Allah bantu..

Okei.. Lets begin..

1. Fokus dalam kelas!

Haha. Cliche en en en. Tapi itulah kenyataannya. Kita boleh fokus dalam kelas 20 minit yang pertama je. minit seterusnya, for sure mata dah kemana. tido? borak dengan member ?? Main fon?? Aku la tu. Kehkeh.
Tapi, aku punya masalah especially subjek tax. Serius senang betul nak tido. Tak kira la malaysian tax 1 mahupun 2. dua sem aku tido di waktu subjek yg sama.

dan.. kalau nak ulangkaji balik.. ayat yang terngiang2 dalam otak aku.. ayat masa aku tengah fokus dalam kelas. yang tak fokus.. go bai2 jela..

so ingat! fokus!! kalau da tak boleh nak fokus. kau pass dekat member yang boleh diharap untuk fokus. so nanti kau boleh tanya dia apa yang dia fokus. okebai.

2. Jangan kedekut ilmu.

- Kalau kita ada faham something.. cuba rajinkan diri ajar member. Kotla rupanya yang kita faham tu bukannya betul sangat. HAHA!
Kongsi la ilmu.
Sharing is caring.
tak gitu?


3. Baca, Fahamkan, Explain, Dengar

Aku pegang kata2 .. lecturer aku kot. aku lupe sape. haha. banyak sangat tips aku dapat.
nak cepat hafal..
bukan kau sekadar baca sorang2.
kau kena fahamkan.
then, explain kat member sebelah apa yang kau faham.
then, suh member tu ulang balik.
kalau boleh, kau tanya member tu.. apa yang dia faham.
so.. kau boleh dengar.
orang yang mendengar.. lebih senang hafal daripada kita duk syok hafal sorang diri.
lepastu, kalau boleh.. kau try praktikkan apa yang kau hafal tu dengan suasana sekeliling kau.
macam aku... amek akaun en?
ada subjek audit. aku akan cuba berangan aku seorang auditor yang kompeten. kehkeh. okebai.


3. Jaga hubungan dengan manusia
- Selalu minta maaf dekat sape2 je. Parents. Lecturers, cikgu2 sekolah.. member2. rumet.. *julingmata* haha.


4. Rajinkan diri bersedekah.
- Sedekah ada kuasa yang hebat.
- Tangan memberi lebih baik dari yang menerima.
- Percayalah~

5. Jaga Agama Allah
- Ini yang paling penting.
- Aku paling takut kalau Allah tiba2 blankkan otak aku masa tengah exam. Serius takut.
- Allah Maha Berkuasa.
- Jangan derhaka dengan Dia.
- Fikir balik, diri ni hamba je. Jangan rasa sombong riak ujub sangat.


***

Okei. tu cara aku pegang 5 prinsip tu.

Kalau nak hampir exam. Macam biasa ah. Tido mesti cukup. Giler hape struggle sampai 5 pagi. haha. tak pernah dibuat oleh daku. Kalau nak cepat ilmu serap.

tido awal. BANGUN PUKUL 3 PAGI! Berapa kali dah orang cakap!
Tapi, aku selalu je terlajak.. 4pagi. lalala.

kan da rugi satu jam. ish.

lepastu, kalau malas sikit agi. study2. kul 5 pagi sambung tido. ish. teruk2.
yang ni bukan tips. jangan ikut.

***

lepastu.. kalau korang busy dengan kelab, make sure kelab tu bagi korang manfaat dunia dan akhirat. senang citer... akhirat ah.

sebab, kalau korang kejar akhirat.. maka dunia akan berlari kejar kau. faham ke tak ayat aku ni? hahaha.

dulu dekat sekolah, aku tak aktif kelab. aktif pertandingan2 je. lepastu, tak study sangat. malas sikit. eh tak. malas banyak. tu pasal tak dapat stret A. kuakua.

***

Haa lepastu.. ada junior cakap. kak kusyi ni tak letih ke masuk mpp. jadi s/u.. kelab insaniah.. s/u jugak.

haa. kalau aku cakap tak letih. menipu benor la ye.
letih la juga... sikit.

tapi, tu la. kalau kau rasa penat ya rabbi tu kan. cuba betulkan niat balik.

Allah tengok usaha. bukan outcome.

Bak kata kakFifa.. bila aktif dengan benda2 macam ni. baru kau nampak.. waktu kosong untuk study. Ngehehe.

***

And yes. alhamdulillah.. dalam seminggu tu, kena attend usrah. Jiwa rohani nak makanan jugak.
Iman tu yazid wa yankus. Naik dan turun. Da tau diri tu iman senipis sampai kena pakai microscope nak tengok, tak reti2 nak charge balik ke?? *ayatsentapuntukdirisendiri*

***

Alhamdulillah..

Pilihanku di KPTM sebenarnya sudah dirancang.. oleh Allah yang Maha Esa.
Seriously talk, i try to bcm a new person.
Kalau ada yang cuba jadi tembok-tembok.. Jangan risau..
I positive orangnya..
Kalau cari pasal..
Jangan risau.. paling tak aku marah sikit je. tak lebih. :P
Maklumla.. try nak jadi Umar Al-Khattab sikit. Sikit jela. takleh lebih-lebih.
Wanita tu kan sepatutnya lemah lembut. sopan santun. ayu.

Ayu kerrrrrrrrrrr aku ni.

Oke. Assalamualaikum.

Labels: , , , , , ,

« older entriestoprecent entries »