@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Mengimbau Kenangan.. Selamat Hari Guru!
16 May 2015, 9:33 PM
Assalamualaikum..

Tiba2 aku rindukan suasana kelas tiga tahun lepas.. (2012). Ragam2 classmate aku yang periang.. So, aku nak catit sikit dalam blog ni. ngeee.. Nanti bila dah besauu bolehlah kawan2 aku yang lain baca balik. *bajet ramai je yang tahu kau ada blog*

***

Kelas Bahasa Melayu ..

Guru yang mengajar ialah cikgu Noor Aini.. Garang orangnya.. Tegas. Tapi homework dia, tak pernah aku hantar. Kuakua.. Pernahlah hantar.. Tapi keje yang aku betul-betul siap je..

Aku suka sangat time cikgu cakap loghat ganu.. Tapi dia tetap guna bahasa baku lepas tu. Kelas aku pasti gelak time cikgu pakai ayat..

"SUMAK SEP MU..."

Bunyi agak kejam.. Tapi kelas aku dah biasa dengan ayat-ayat gitu. kehkeh.

Aku pernah dicubit sekali. Sebab tak hantar kerja rumah, karangan menyalin.. Perghhh  banyak weh! Akibat suka menangguh. huahua.. Sekali dia mintak, rupenye dah 20 karangan aku tak siapkan.

Kawan aku yang lain, aku boleh cakap hanya segelintir sahaja yang dah siapkan 20 karangan.. Aku?? Baru 3 kerat je kuttt... ahak! Rindu sangat time tuu~

Aku boleh dikatakan calon stret A jugaklah.. Aku pun tak sangka weh! Cikgu BM aku komen ah dekat aku.. cakap yang karangan aku ni lemah. Dia risau aku takleh A. Aku pun risau jugak sebenarnyaaa.. Aku pun try lah baca surat khabar bahagian SKOR tu. Aku try buat karangan seEXCELLENT tu. tapi tetap dapat 73% masa trial. Kalau ikut gred negeri Terengganu, it still B+ and not A- .. Walawehh.. Mengada ah negeri aku ni. *tak pasal kutuk negeri sendiri*

And lastly, SPM aku.. alhamdulillah.. Terima kasih cikgu.

***

English Class

Time English, cikgu yang ngajar adalah Chinese. Girl. Cute. And was married. Haha! Her name is Madam Chong Fei Ying . First thing aku fikir masa dia first masuk..

" Best tak eyh?"

Madam memang sporting! Aku suka cara dia mengajar. Hoho.. Selalu ada games. Kata madam, dia nak kelas kami ada kenangan terindah untuk tahun last di sekolah. Thanks teacher!!!

Masa kelas teacher jugaklah, kami dapat cipta kenangan iaitu, the boys kena denda nyanyi lagu sifir Katak. And, aku sempat rakam! Masa tu aku gedik bawak kamera ke sekolah.

Memule teacher tak kasi.. Sebab tak nak bagi the boys malu. Aku pedulik hape! Hahahaha! Aku rakam jugak and sorok kamera di sebalik pencil case. Akhirnya?? Video tu dah berada dalam tanganku and kawan2 yang lain. muahaha.. *gelak kejam*

Aku selalu gak jadi poyo time kelas English. Aku selalu speaking. Tapi ayat macam tak kena je.. Teacher pun peliks. Ngeh ngeh. Actually satu kelas pun poyo.

Bila aktiviti berkumpulan masa buat esei.. Kumpulan aku amat dikenali .. Kerana adanya ketua kumpulan yang suka karang cite ala-ala fairytales.. Sape lagi kalau bukan aku! huahua.. Aku memang kuat berangan! Sume cite aku kasi tak logik! pedulik hape! Sape suh lantik aku jadi ketua kumpulan! heee..

***

Kelas Pendidikan Agama Islam

Kelas ni paling best.. Bak kata teman meja aku.. dua orang, Nora and Hanim.. Time kelas PAI, kita buat homework lainnnnnnnn! yeay~

Sebab ustazah jarang masuk kelas kami.. Ustazah merupakan guru kokurikulum, so selalu busy. and bila dia masuk kelas, selalunya tak ajar ikut silibus buku teks. So, aku dengan kawan2 ku yang lain, tak bawak buku teks. Muahaha.. Ni kalau dapat ustazah Izzati, naya satu kelas.!

Nota PAI pun aku tak buat. Buku log itu dibiarkan putih suci bersih dan ditinggalkan di dalam meja kelas tanpa dibawa pulang ke asrama sama sekali.. HAHA!

Time PAI jugaklah, kami akan tidur di sebalik buku rujukan *memandangkan tak bawak buku teks*

huish.. agak pemalas jugak kami time kelas PAI.. adik2 jangan ikut yee.. ngeee..

***

Kelas SEJARAH.

Hah! Yang ni lebih kurang time kelas PAI jugak ah.. Tapi yang ni, aku je kut yang tak suka kelas sejarah. Bosan okay. bosan.

Time kelas sejarah .. kelas akan kedengaran bunyik kipas sahaja. Yahooo.. Lena sungguh aku dibuai mimpi. serius aku cakap! Aku memang tidur dalam kelas sejarah. Memang patut markah aku tak naik-naik.

Kenapa kita kena belajar subjek ni weh?? Soalan yang aku selalu utarakan sejak form 1.

and lastly, aku dengan SEJARAH memang takleh ngam!! aku just dapat B dalam SPM. haha. mati2 aku ingat dapat C.. kakaka..

***

Kelas Mathematics

Ni kelas favorite woo.. Kerja selalu tiptop. I mean selalu siap la. Betulnya, kadang betul, kadang idok. Ehei, biasalah belajar. orang belajar mana ada terus betul. Melainkan awak genius. Aku tak.  haha.

Tcer Noor Azila selalu risau dekat aku especially tajuk.. alah.. yang ala-ala subjek LK tu. Aku tak sure tajuk apa. Tapi yg pasti kita kena lukis gambaran daripada atas. Aku failed bab2 macam tu. Always tertinggal lukis side kecik2. Imaginasi bab2 ni kureng sikit. HAHA!

Tcer selalu kata, kalau dapat A Math ni, dia nak belanja kfc. boleh tahan lama jugakla waiting janji tcer ni. wakaka.

***

Matematik Tambahan...

Hokni jangan wat gura.. Dia memang payoh wat gura. Hahahahaha. Tcer Addmath, Tcer Suraini.. Kadang2 ad je keje aku dok siap. Pah aku lari meja lain. Pahtu kantoi semacam.. 


masa amek result. Dia duk kalut check result aku.. Deba bena takot aku xleh A addmath..hahaha. 

Tcer inform aku by mesej. Sebab time tu kereta buat hal.. Serius rindu nak dengar dia marah-marah sayang tu. Hahahaha. Aaaaaaaaaaaaa daku rindu beliau. Dia asyik cerita pasal calculus best, saya pasti awak boleh score subjek tu..


Tapi Tcer.. saya amek akaun sekarang... hiks.

***

KIMIA..

Ni subjek paling rare. bagi aku la.. Aku pernah tarik muka.. Hm. Berdosanya aku. huhu. padahal masa tu da nak spm. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

Padahal aku suka gila gila subjek ni. 

The way nak hafal, formula kimia, takrifan bagai. Susunan keelektropositif. Api warna apa. kenapa jadi warna tu. kenapa tak warna ni. Sampai tajuk Sabun, seriously aku excited! Tcer Norlisa yg ajar kami Kimia. Haha.

Tcer yang sangat sporting. Dan tcer yang rotan aku. Kuat gila woooo. Merah kot. Sebab aku tak siapkan homework. Padan muka hg syikin. hahaha.

Result SPM? Mestilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tak dapat A. haha. Alhamdulillah B+ . Kehkeh.

****

FIZIK

Haa. yang ni aku taktau kenapa. Asyik lelap je kalau time Fizik. And, tipulah kalau aku tak nanges sebab satu haram tak faham apa subjek ni nak. Haha!

Time aku nak nanges tu. mesti aku gi meja belakang, then nanges depan Amalina. Hahahaha. Sebab dia terer Fizik. Aku pon tak pasti kenapa aku nanges depan dia. Amek aura kepandaian dia kot. Haha!

Tcer Bahijah memang superb dah sebenarnya. Aku ni je ngek sikit. Slow sikit bab2 ni. Nak dekat SPM, barulah rasa Fizik ni best. *actually baru nak faham*

B+ . Alhamdulillah..

***

BIOLOGY

Kehkeh. Kalau citer pasal Biologi. Teringat kat guru kelas kami. Tcer Rohaida. Sangat comel, sangat garang*sikit* Sangat comel la senang cite.

Al-kisah.. Masa tu kelas malam. Ribut kuat. 

Aku dengan Hanim duk sokseksoksek *bisik*

Konon2 aku nampak hantu kat pintu makmal. Hanim pon gelak2 dgn aku. Sekali tcer Rohaida tergamam gitu. Dia tengah ngaja. "Awak tengok apa...?"

Muka tcer time tu cuak habis. Aku dgn Hanim dah nak tergelak. Padahal mana ada apa-apa.

Dengan scene time tu ribut kuat. Pintu terbukak tutup bukak tutup. Memang kena la scene tu. haha. Jahatnya kau syikin. Alamak.

***

AKAUN..?

And now..

Aku berada di bidang perakaunan. Aku ada amek subjek ni masa sekolah dulu. Disebabkan aku punya tangan takleh go untuk subjek Lukisan Kejuruteraan. So, aku tukar subjek. Aku amek akaun.

Cikgu akaun ni. Hm.. Sabarnya subhanaAllah.. Memang penyabar betullah. Dahlah dia dapat anak murid banyak songeh macam aku ni. Kalau aku tak faham, memang aku keluar kelas. Konon nak gi toilet. tapi gi merayau. wahaha.

Jangan jadi macam aku ya. -_-

Tapi, Allah buka pintu hati ni untuk nampak keikhlasan cikgu ngaja. Cikgu akaun ni dua orang. Cikgu Rosidayu(form 5), Cikgu Radhiah (form 4),

Aku selalu tak buat homework la senang citer dia. wakaka.

Ish. teruk syikin.

Berkat keikhlasan cikgu, alhamdulillah..

:)


***

Warden2..

Warden la orang yang paling dekat dengan kami. Maksud aku orang yang duk hostel. hahaha!

Warden la desak kami solat berjemaah di surau sekolah. 

Setiap langkah kami menuju ke surau tu, inshaALLAH ALLAH hitung sebagai saham di akhirat kelak. :) (Pesanan Ustazah Izzati),

Cg Rohani yang sentiasa menceriakan suasana asrama. Jual aiskrim.. haha!

Jual Maggie. wahahahaha. 

Cg Maznah..

Warden yang salu buat spotcheck. Wahaha!

Warden yang tangkap aku tak gi prep. Tapi aku study kot. Study dalam bilik. hahaha! Entah la. aku rasa penyakit malas aku tahap teruk kot. Sebab malas gila nak turun gi bilik study.

And, aku tak bawak fon. Sebab tanak derma kat warden. kuakua.

Cikgu Nazron. Haaaa. ni warden aspura. Aku tak amek port. hahahahhaa.

Ustazah Izzati.. Ustazah yang mengajar aku supaya matang dalam kehidupan dunia ni. Ustazah yang aku anggap macam mak tiri. Haha. Mak tiri yang baik. :)

Ustazah yang aku selalu teringat akan nama dia. 

dia, dan arwah teacher Norsilah. 

arwah teacher yang sangat baik. bila taip cerita pasal teacher. mesti aku teringat akan senyum tawa beliau. 

bila tengok kamus, mesti teringat kat beliau. hekhek. sebab aku pernah tertinggal kamus, dia cubit aku. haha.

cikgu Ridzuan yang banyak berjasa kat SMK Sungai Tong. Dari zaman lejen abang aku. hahahhaha. Abang aku cakap, kalau sapa2 dipanggil oleh cikgu Ridzuan kat bilik disiplin, mesti semua student ketaq lutut.

Lejen kan.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Guru2 STePS. Saya cinta kalian lillahitaala. :)

Gamba ni  je ada. hahahah.

Akhir kalam,

Teruskan menjadi pendidik,
Teruskan mencurah bakti,
Teruskan..

Saya di sini, sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian,
Ilmu yang disampaikan akan saya gunakan sebaiknya..

Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih dan terima kasih...

Tahu, 
Bukan dunia yang cikgu pinta..
Tapi keberkatan dari Ilahi..
InshaALLAH..

Allah sahaja yang mampu balas segala usaha cikgu..
Teruskan..
Ikhlaskan perjuanganmu..
Lillahitaala.

Saya masih di sini..
Dahagakan doa daripada kalian..

:)

Yang Ikhlas,
Tengku Nur Asyikin, 
Pelajar 5 Premier 2012,
Sungai Tong Terengganu Premier School (STePS)





Labels: , , , ,

« older entriestoprecent entries »