03.autumn & heart

Follow|Home
09 March 2015 | 10:45 PM | 19 comments
Assalamualaikum.

Di malam yang sunyi ini.. Izinkan saya menulis sedikit. Cewah. Ayat tanak kalah.

Okay.. straight to the point.. Akakkkk mu ini nak share sikit..

Untuk bebudak lepasan SPM yang pening2 nak sambung study mana?? Meh nak bagi suggestion..

Tapi ni khas untuk bebudak akaun la.. Sebab tu kos aku sekarang. Kang aku bagi maklumat kos farmasi, salah cabang pulak. Salah info pulak. Naya beb.

Aku sekarang buat Diploma In Accountancy KPTM Bangi.. Alhamdulillah.. sekarang dah semester 4. Wish me success sampai praktikal. Sampai abih ngaji .. Haha! *menyempat*

What can I say.. Dekat KPTM Bangi ni..

sangatlahhhh okey kalau adik nak buat diploma kat sini. Means, struggle betul2.. Diploma ni jangan buat leceh. Even subject dia kau nampak alah senang nak skor.. Tapi kalau kau main-main, takleh jadi gak. So jangan bongkak dan riak.. Haha.

Kat KPTM ni..you boleh buat pinjaman MARA. Which is.. kalau pointer you gempak di akhir semester..You just bayar 10%..

Contoh kau pinjam 50K.. tapi kau dapat pointer first class.. kau just bayar 10%.. ha berapa?? Kiralah nak oi.. haha. so kau just bayar 5K sahaja. Kalau MARA baik hati.. and kau salu bayar 100 tiap bulan.. tiba2 MARA akan call..

"Okaylah cik.. tak perlu buat bayaran balik dah.."

Oh.. heaven! haha. *aku tak reka citer tau.. sebab hal ni pernah terjadi dekat kakak kawan aku*

And!

Kalau you skor betul2 pointer.. Dapat pulak CGPA 3.75 above..

MARA offer kau degree dekat overseas.. antara Australia, UK, Ireland.

So?? Hows?? Nak datang kptm bangi? Haha. Itu pon kalau nak amek diploma la..

Kalau kat IPTA.. kena buat loan ptptn.. ngee.

Next...

Akak mu nak offer program CAT-ACCA..

Aku rasa.. kalau korang ni jenis nak kerja cepat.. Takya la amek diploma ni. Muahaha.

Amek je terus CAT. CAT ni lebih kurang macam foundation la.. Subjek dia sama je macam aku amek sem ni. Kan advance tuu. Haha! Nyesal jugak la aku sebab tak amek CAT. Kuakua..

Program ni ada kat KPTM KL , UiTM Shah Alam, Kolej Sunway, Institut Profesional Baitulmal..

Kalau KPTM KL.. Korang amek CAT kat Malaysia.. Then dia offer ACCA kat luar negara..

Jangan risau.. Kerajaan memang suka bumiputera amek CAT-ACCA ni. Lagipun Malaysia memang nak meramaikan bumiputera jadi Akauntan Bertauliah.. *meramaikan?* peliknye ayat aku.

Orang kata paper ACCA ni boleh tahan tough. Aku ada kawan amek acca ni. ada je yang fail paper. katanya tu lumrah. KATANYAAAAA. hahaha.

Tapi dont worry..

Kalau kau usaha. Niat sebab nak berbakti di jalan Allah..

Allah pasti mudahkan jalan kita. :)

Zauj akak usrah aku ada menyatakan ayat ni.. Btw dia CA sekarang..


I am fall in love with accounting. 

So what about you? 

Doakan akak sukses dunia wa akhirat... hiks.

yang bebel,
kusyi03

Labels: , , , ,



19 Comments available :

April 3, 2015 at 7:47 PM
Blogger Muhd Zikry Adib said...

akak dpt berapa A masa spm?

April 3, 2015 at 9:04 PM
Blogger kusyi said...

10 tolak 4. so jawapannya 6. haha. :D

April 3, 2015 at 9:20 PM
Blogger Muhd Zikry Adib said...

kenapa akak x ambik CAT jer...

April 3, 2015 at 10:02 PM
Blogger kusyi said...

sebab rezeki di situ. aiwah.. #cliche. haha.

June 11, 2015 at 12:59 PM
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum akak,math untk accnt ni susah tk? sbb saya dpt diploma accountancy dkt kota bharu, saya risau la nak amik :/

June 12, 2015 at 1:17 PM
Blogger kusyi said...

wslm.. tak susah pon. :) keep in your mind in positive way. seriously talk, kalau banyak bertanya dengan lecturer.. senang jee. kalau suka menghafal. lagi senang. hahaha. tapi, fahamkan tu yg penting. all the best dikk.

January 20, 2016 at 12:45 AM
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum sis nk tanya acca memang akan dihantar ke luar negara ke?

January 25, 2016 at 12:46 AM
Blogger kusyi said...

wslm. it depends on you. nak sambung acca di dalam malaysia atau luar negara. kena pandai2 cari sponsor kalau nak best sikit. haha. sebab prosedur ke luar negara banyak sikit. btw, dalam malaysia pon apa kurangnya. paper ACCA semua sama di seluruh dunia. intec bagus. kolej sunway bagus. :)

March 7, 2016 at 10:00 PM
Blogger ummu aiman said...

salam akak, sy lepasan diploma akaun dr politeknik. klu sy nak aplly acca kat kptm boleh kew? berapa minima pointer yang perlu tuk apply yer?

March 8, 2016 at 11:01 PM
Blogger kusyi said...

@ummu aiman

im not sure for what pointer from diploma and further to acca. i dont think they state a must pointer u should get. if im not mistaken la. haha.

its actually based on your minded and whether u're ready enough to further acca instead of having degree first.

but you must keep in mind that, the fees for acca really costly. and if you're able to pay the fees. then it's okay. but if not, i suggest you to apply yayasan peneraju scholar. and choose ipt such Intec Shah Alam. for KPTM, MARA actually choose certain people who is capable to carry this course. haha.

last but not least, i dont think there's pointer requirement to apply this course. its about your willingness. hoho. :)

May 26, 2016 at 3:04 AM
Anonymous Anonymous said...

Salam, how to apply mara punya loan for car-acca kat kptm kl?

May 26, 2016 at 2:09 PM
Blogger kusyi said...

Anon - wslm. i am not sure for how to apply mara Loan for CAT-ACCA programme. maybe you can apply thru its MARA Eduloan website. or else, you try to call kptm KL how the process. but why not you try the scholarship from Yayasan Peneraju? is it already close?? bcs MARA only cover ACCA fees only 50%.. btw, you can try Institut Profesional Baitulmal for CAT programme only. :)

June 14, 2016 at 10:35 PM
Blogger nadhszn said...

Akak saya dpt dip accountancy kt kptm bangi tapi sekarang saya kt uitm kos sains aktuari tp saya lebih ke arah akaun mcm mana tu?

June 15, 2016 at 6:42 PM
Blogger kusyi said...

Alamak. Actually sains aktuari pon bagus. Akaun pon bagus. Haha. Sains aktuari tu diploma ke.? Bg pendapat akak, better pegi diploma akaun kt kptmbangi. Dan cuba apply pinjaman mara. Akaun d kptmbangi. Semester last,awak akan ada praktikal which is sangat bagus. Tak semua tempat, diploma ada praktikal. Apa2 pon. Istikharah. Banyakkan bincang dgn keluarga juga. ALL the best! Btw, hostel kptmbangi best! Haha.

May 15, 2017 at 3:45 AM
Blogger Hafidzi Hassan said...

Salam nak tnye, plan akak skrg ni abes diploma trus nk keje ye? Ke ade prnah terpikir plan nk smbung acca? Tqvm

May 21, 2017 at 2:01 AM
Blogger kusyi said...

Wslm. Alhamdulillah. Dah habis diploma dgn jayanya. Haha. Sekarang akak tengah buat ACCA di INTEC. :)

May 21, 2017 at 1:57 PM
Blogger Hafidzi Hassan said...

Oo skrg akak tgh paper ape

May 21, 2017 at 1:59 PM
Blogger Hafidzi Hassan said...

Nak tnye klau sijil cat je bleh apply utk kerja x? Agk2 starting gaji brpe? Tqvm

May 21, 2017 at 8:03 PM
Blogger kusyi said...

@Hafidzi Hassan Sekarang paper f4 and f7. i'm not sure the salary for CAT. haha. sebab biasanya orang amik CAT, continue je ACCA. sebab rugi la kan, stop sampai CAT je. ada je dengar orang keje yg ada CAT. tapi setakat jadi kerani akaun jela. :)

Post a Comment