@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Akauntan, Engineer, Doktor
04 December 2013, 11:51 PM
Assalamualaikum....

Hah~ Tarik nafas.. Hembussssssss.

Cuaca di Terengganu, hujan.. Hujan.. Kemaman dah banjir. Hope air cepat surut. Amin..

So. tajuk malam ni. Akauntan, Engineer  dan Doktor.

Pekerjaan atas ni mesti sangat diidam-idamkan oleh setiap para pelajar. Akauntan ada ke? heh.

Jangan pandang akauntan ni dengan sebelah mata. Untuk makluman semua subjek akaun merupakan subjek profesional. Lebih-lebih lagi, kalau korang amek kos profesional tu. Soalan khas dari England. Then, sekiranya lulus, nama korang akan ada CA .

Macam doktor, korang akan digelar. DR Ali. Kalau akauntan profesional. Akan akan digelar Ali CA. Dan gelaran CA ni akan menjadikan anda seorang akauntan yang bertauliah. Ramai yang berebut-rebut nakkan korang. Gaji pun masyuk~

Next, Engineer.

Engineer ni, kos yang memang digilaii para pelajar jugak. Aku dulu masa form 4, memang gilakann kos ini. tapi, fizik aku? Hancus. Hangus. hahaha.

Addmath? Boleh tahan pro jugak ah. ngahaha. tapi, at last... aku amek kos akaun. nampak tak permainan dia? :P

Next , Doktor .

Ni pun, ramai student skolah tergila-gilakan kos ni. termasuklah aku. Selain Engineer, aku sangatlah tergilakan kos medik.

Studi tak de nak pulun gaya nak amek medik langsung. Huh. Time form 5 je. Baru rasa gila baq hang.. Struggle sebab nak A punya pasal. Niat pun dah tak betul. Sepatutnya , niat study kerana Allah. INGAT TU!

Sebab aku ni semangat nak amek medik, jatuh merudum bummmmmmm ke tanah. Aku surrender. Setakat SPM pun, aku dah mengalah. apatah lagi nak sambung medik..? IB bagai tu.. #eh? haha.

Sapa yang bercita-cita nak jadi doktor ni, kena set minda~!! Yang paling penting betulkan niat tu dulu. Okay??


Lastly, aku amek kos akaun. Rezeki aku dekat situ. So... Bersyukurlah dengan rezeki tu . Ada orang kata, akaun ni susah. nanti sampai kat sem 5 . susah gila wehhh.. Ada orang katalah~~

Tapi, bagi aku.. yang susah itulah yang aku nak~!!! Ngehehe..

Konklusinya(macam esei dah) , mana2 kos sama je. Kita kena ingat, setiap apa yang berlaku sudah diatur oleh Allah. Kita ni, kena usaha mengubah nasib kita sendiri. Jangan bermalas-malasan. Macam aku ni. Kata nak amek medik. Tapi, semangat?? Nehi..! haha. Last-last. berkabung seminggu~~ nangis sorang2 dalam bilik. sebab tak dapat sambung bidang sains. huwahuwa..

Tapi, akaun okay apaaaaaaaaaa.. Bagi sape2 yang keciwa, jangan menyerah okay. Pandang straight ke depan.. Terusssssssssssssss majuuuuuuuuuuuuuuuuuu. La Tahzan. Innallaha ma'ana. Jangan bersedih. Ada Allah di samping kita. Okay???

Ninth Doctor Quote

Kepada kawan aku Juna tadi tu.. Sorry sebab aku cakap kau tipu tadi. alah.. lek ah.. hahaha. Aku doakan kau bersabar dengan patient-patient yang ada.. Kalau tak tahan sangat, kau PANG sekali. ngehehe. bukan PANG patient. tapi PANG pipi kau. jokejoke. Doakan aku jugak tau. Supaya aku boleh jadi akauntan yang sukses~~! 

Adios. Samat malam. :P

Labels:

« older entriestoprecent entries »