@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Review Anthem by Hlovate
26 November 2013, 1:00 PM
Assalamualaikum..

So here it is. Mentang2 takdak homework macam zaman sekolah dulu, banyak pulak masa aku nak update blog bagai ni en. Tang design blog, guwa takdak mood lagi. Sat aku cari mood tu dah menghilang kemanaaaaaaaaa..

Okay. back to our topic. Sapa tak kenai Hlovate?? Tak kenai?? Sokay.. Aku pun tak kenai sangat. Haha. Aku suka baca novel hasil tulisan dia. Mantap.

Anthem ni karya dia yang terbaru.


This novel, sangat superb duperb kebaAAboOOm!!!

Senior aku cakap, Hlovate punya novel ni bahasanya sangat tinggi! Ya. Aku setuju itu. Aku kena baca satu ayat tu ulang dua kali untuk hadam makna yang tersirat. Ayat dia tak adalah bunga sangat. Tapi, sarkastik. Selamba aje. Tapi, susah nak faham.

Ayat dia memang tak salah dari segi tatabahasa. Isi kandungan cerita dia memang superb kebaaboom! Aku tabik sama dia.

Okay. Review pasal Anthem.

Mengisahkan seorang gadis tak berapa nak ayu yang bernama Nur Dania Dashrin. Tidak dipanggil Dania mahu pun Nur mahu pun Dashrin.

Seorang gadis yang kekeliruan identiti ? Maybe. Dia seorang gadis nomad. Ada seorang adik lelaki nama Haikal. Oleh sebab Dash ni dah terlalu parah duk di negara orang. Sampai nak pakai baju senonoh sikit, dah tak boleh. Parents dia hantar Dash balik Malaysia.

Masa tu Dash form 4. Sepupu dia,Johan memang lemah semangat tengok perubahan Dash ni. Sepatutnya duk Delhi jadi macam Ashwarya Rai.. Tapi Dash dah macam pelik bebenoo.

Ramai yang dok kutuk2 Dash dekat sekolah baru tu. Dash tak ramai sangat kawan.



Then, bila dah lama2 dok Malaysia tu, dia rasa dia suka kat Malaysia. Dia mula berubah lepas keluar dari sekolah. Iyola, bila nak buat apa2 senang. Tak dak orang cam. Dia start bertudung betui lepas SPM.

Masa tu, Johan tengah buat A-Level. So, tak tahu perkembangan semasa sepupu dia, Dash.

Tapi, Dash takut nak pakai tudung bila balik Delhi. Dia tahu mama dia pasti tak setuju tengok perubahan diri Dash. Dash rasa kecil sangat bila Haikal tahu rahsia Dash di Malaysia.

Haikal takut kehilangan kakaknya. Mereka dua beradik ni menangis.

Perit kut, bila kita nak berubah.. Tapi famili sendiri aim kita bukan-bukan.

Dash ni tak nak sekadar jadi Wanita melayu di Malaysia. Dia cuba nak jadi Muslim. Tapi, yang sokong tindakan dia hanyalah kawan2 di Malaysia.

Dash sambung belajaq di UK. Aberdeen. Then, dia jumpa orang yang dia benci masa dekat sekolah dulu.

Diorang ni tetiba suka sama suka. Heran guwa. Dekat sekolah kemain ketat muka masing-masing.

Lepastu, si Lee ni suka bagi ros dekat Dash. Sebab Dash sukakan bunga Ros.

Dash lama-lama dapat kesedaran, dia date dengan Lee adalah perbuatan yang salah. Dia mintak break dengan Lee.

Guess what? Lee kutuk masa lalu Dash. Peghh.. menyirap la Dash. Pehal nak kaitkan masa lalu?

Ending dia?? Jeng jeng jeng. Belilah novel tu. Sure tak nyesal.



And for those yang nak berubah, boleh baca novel ni. Banyak input2 positif yang boleh kita dapat. In Sha Allah..

#btw, dalam novel ni ada watak Lekiu, Trisy dan Jade . Watak dalam novel Rooftop Rant! XD

Aku syorkan korang baca sinopsis novel dia. wahaha.. Review aku macam tak membantu sangat. Sorry.!

klik sini . wakaka. aku suka baca sinopsis Hanna Aleeya ni. Mantapp!

Labels: , , ,

« older entriestoprecent entries »