@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Prinsip Perakaunan
17 June 2013, 12:23 PM
Assalamualaikum..

Cakap pasal akaun. Subejk ni pada awalnya aku bajet subjek yang sangat senang. Konon A tu dalam tangan.

Bila aku start belajar akaun ni. Hah!! HAmekkau,, satu haremmm tak faham. Debit dengan kredit pun tak reti nak beza. Pulak tu kena hafal macam sejarah gitu. Lu..Lu.. Lu apa ek? Luca Pacioli?  hah! baru ingat.. Luca Pacioli ni lah bapa perakaunan. Gila kau tak ingat nama tokoh perakaunan.? Dahlah aku ni bakal budak akaun. hahaha.. BAKAL okay. Sebab aku belum masuk lagi KPTM tu. ekeke..



First exam, masa form 4.. Aku dapat C je kut. Haah. Tak silap aku C. Memang aku rasa down gile. Rasa nak drop subjek tu. Sebab kena buat banyak nota. hahaha.. Aku memang tak suka buat nota. :P

Then, cikgu marah dekat aku.

"Sobeng ngade ah mu tengku."

Dan aku.. Sentap. haha.

Aku sebenarnya jealous dekat budak2 Lukisan Kejuruteraan.. sebab diorang mudah je dapat A+ . Kitorang budak2 akaun? Erk.. Nak dapat A- pun payah weh.. -_-

Then, aku tengok budak kelas sains yang amek akaun selamba je dapat A untuk subjek akaun nih. Kami yang kelas depan, takde sorang dapat A. Itu pun B tak silap aku. Dan orangnya bukan aku. Dan aku berasa agak sedikit tercabar dan dicabar. haha.. Aku memang pantang dicabar kut.

Final exam.. masa form 4 lagi..
Yeahhhhhhh.. I got B !! hahaha. bukannya A. :P . Dan aku berasa amat bangga sebab dapat B. Hei ! Itu pun aku dah bersyukur gila2 tau.. Ingat senang ke??!!

Walaupun ada je orang lain yang lagi tinggi dari aku, hey, do I care? hehe.

Naik form 5, aku memang berazam nak studi sungguh2. Aku memang nak skor A+ untuk subjek ni. Sebab aku rasa akaun ni senang je. Cuma aku yang malas menghafal dan malas buat latihan. Yeahh... Penyakit M dan bongkak aku sentiasa tinggi. Masa tu jela. hehe.

Exam pertama.. Aku dapat C ! Again.. Aku berasa amat berbangga. Haha.. dan cikgu akaun aku berasa amat kecewa. Kerana jelas sekali wajahnya mempamerkan riak kecewa. Erk. Aku masa tu rasa serba salah gila. Aku pun cakap dekat cikgu..

"Cikgu.. bakpe akaun susoh?"

masa ni baru aku mengaku yang akaun ni susoh. dulu tu bajet je lebih. heee..

Cikgu aku pun kata.. Macam mana tak susah? Kalau latihan pun awak tak buat. Kalau buat pun tiru rakan sebelah. Kalau rakan sebelah tu betul , tak apalah jugok. Ni kalau awak tiru dan awak sendiri tak faham. Tak ada gunanya.

Dan aku.. sentap. masa tu rasa nak nanges gila2..

Cikgu tu kata, maybe tahun ni tak ramai dapat A untuk subjek akaun. Dan maybe takde langsung. Heiiiiiiiiii.. Jangan kabo gituuuu... Jangan menyerah sebelum berjuang!! Itu prinsip aku.

Exam pertengahan tahun, aku dapat C lagi. C+ kut. hahaha. Gred JPN susah gilerr weh. 60% tu still C+ okay. not B. Kalau B, korang kena dapat 65%.  Kejam gilerr negeri aku ni. haha.

Masa tu aku nampak soalan akaun ni memang mudah. Mungkin berkat buat latihan banyak2 kut. Tu pun bukannya aku buat sendiri. Tak faham pon senanye. Aku just tiru jawapan kat belakang dan aku fikir kenapa . kenapa dan kenapa. Masa tu aku dah tak ada masa nak studi yang asas. Aku majuuu je.. Kata orang just follow the flow. kan?

Masa tu dengan penuh bangga aku pi bagitahu kat cikgu , aku akan buktikan aku dapat A untuk trial!

And................... trial aku dapat ... 71% je.. and mengikut gred cumalah B+ . Sedih... Tapi aku the highest score. apekehel yop?! haha.

Aku studi lagi dan lagi. aku studi sorang2 dalam bilik studi. Biasanya pukul 3petang gitu adalah waktu aku tido. Tapi, why not berkorban sikit masa tido tu? Kan?

Then, membuahlah hasil berkat usaha yang gigih aku tu + nanges sorang2. + ngadu dekat Allah + Allah is Everything

Markah akaun masa SPM aku last year..



























A+ !!!!























Hamekkauu.. Nak sangat A+ .. First time kut,, hihi. Alhamdulillah.. Aku pun tak sangka dapat A+ . Usaha dah buat.. Doa..Selebihnya, bertawakkal. kan??

Dan sekarang... Aku menunggu tarikh daftar di Kolej Polytech Mara untuk diploma perakaunan bagi program dalam dan luar negara MARA. In Sha Allah.. Sukses.. yeay~!

Cikgu Ayu.. Cikgu Radhiahh.. Saya amek akaun laaaaaaaaaaaaa... I cant believe it!!

Subjek yang aku selalu kutuk .. Akan menjadi subjek kegemaran aku.. Waaaaaaaaaa.. Dok cayeee...

Kepada juniors~ yang amek subjek ni.. Katakan A+ !! Sebab aku memang target nak dapat A+ masa mule2 amek lagi. Iaitu masa form 4.

Kepada subjek Matematik tambahan, matematik, english, chemist , biologi, fizik.. I'll miss you and I'll not forget you.. :'(

Sekian.

Labels: ,

« older entriestoprecent entries »