@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Kenapa aku cakap PLKN best?
19 June 2013, 11:02 PM
Assalamualaikum.

Wah wah.. Best pulak nak taip entri kali ni.. Hati pun duk bunga2. Masih mengenangkan saat2 indah di PLKN. hahaha.

Tuh baru 2 bulan aku duk sana! Kalau cukup 3 Bulan, aku rasa mesti banyakkkkkkkk gilaaaa aku nak cite. hahaha.

Memandangkan besok dah malam penutup, tetiba pulak aku rasa nak taip entri ni. Sebab tahap rindu dah maksimum ni!!! hoho..

Kenapa aku cakap PLKN best??

1. Dapat tambah ramai kawan.

serius aku cakap. Lepas aku balik dari PLKN, kawan aku memang ramai gilaaaaaaaa.. Rasa macam dah kenal satu dunia. Chett poyo. haha. Takde2.

Maksud aku, korang akan kenal kawan2 yang macam2 ragam! Iyela.. Sume kawan baru. Baru kenal. So what?? Aku kawan je yang aku jumpa depan mata. hahaha. Kat sini semua orang sama je okay. Baju semua sama. Haha.

2. Dapat baju free. Barangan free.

Gituu.. Kat sana nanti, korang akan dapat kasut sukan KHAS yang PLKN punya.. Bangga tak?? Hahaha. Korang kenalah bangga!! Sebab orang lain takdak, korang je yang ada!! haha. Tapi start tahun depan semua orang diwajibkan PLKN tak silap aku.. Haha. Memang semua kena pi PLKN! yeay~!

3. Hidup korang lebih berdikari dan berdisiplin

Yang ni aku paling suka!! haha. Sebab minggu first aku dekat PLKN, ngantok gila wehhhh.. Iyela kan, dah simpan lemakkk kat perut sepanjang duk rumah, tetibe kena buat aktiviti itu ini. Kaki aku masa tu memang lebam2 ah.. Macam kes kena dera. hahaha. Tapi, biasa ah tu. Lama2 dah tak rasa sumer tu. Awal2 je. Dalam seminggu je seksa sikit. Kuakua.

Then, bangun pukul 4.45 pagi. sebab aku tak nak berebut bilik air. ekeeke. Boleh je nak bangun pukul 5 pun.  tapi, memandangkan aku AJK surau, so kena lah bangun awal sikit. AJK SURAU gitewww.. ko hade? hahaha.

Pastu pukul 6 setengah dah beratur ikut kompeni. kawad. Masa tu ah aku paling tak suka. Itu dipanggil PT pagi. Aku lupa dah PT tu apa maksudnya. haha. Time PT Pagi, aku rasa lenguh gila kaki berdiri. Nak tunggu diorang selesai lapor. Aku bukannya boleh duk diam. Asyik henjut2 je badan. hahahaha!! Pernah jugak kena marah. Eh, ingat aku heran?? wakaka.

4. Dapat pegang senapang m16

Ini aku paling syokkk.. hahaha. Awal2 punyeelah eksaited nak pegang senapang. Then panas gila! Aku lupa senapang tu diperbuat daripada besi. Eh besi ke? lupe dah. Haha. Aku eksaited gi genggam . Pastu, tak pasal2 jari aku berdarah. Kes terkejut kut! haha. aku boleh pulak duk gelak2 kat sebelah askar perempuan tu. Nasiblah kan? Dapat anak murid poyo macam aku. bahhaha..

5. Dapat swimming dengan kawan2.

Yang ni lagiii best!! Ehem2. Kami swimming sesama wirawati ye. Wira di hari yang lain. kami tak campur. dan guru kami sangat tegas!! Nak singsing lengan pun dia tak kasi! Memang bagus sangat cikgu2 kat PLKN SJI. PLKN lain aku no komen. hahaha..

Masa aktiviti tu la, hubungan kami antara kawan2 yang tak kenal sangat tu! Jadi sangat rapat!!!! Serius rindu korang~

6. Kenangan row call.

Row call ni lah bende yang aku tak suka. Sebab lenguh kaki ni haaa.. Haha. Time row call jugak aku nak main henset. Pernah sekali cikgu dapat tangkap aku sebab main henset time row call. Hakhak! Dia suh aku lari padang. Aku xnak buat. Aku cakap kat cikgu, "saya xkan buat doh cikgu. sungguh haa." siap rayu giteww.. hakhak.

7. eratkan silaturahim sesama non-muslim.

haaaaaa.. Ini aku paling rindu! Rindu kat kawan2 chinese aku. Kat plkn aku takde indian. huhu. So dengan chinese la aku berkawan.  Aku paling rapat dengan geng chinese netball. Lau Chia Hui, Ang Hui Ying dan Hui Min Siew.

Yang lain pun aku rapat jugak. Tapi dengan geng netball aku paling rapat. haha. Tak lupa jugak pada Wong yang kelakar. Joanne si comel lotey~ Geram tauu tengok Joanne ni! Tok Kai yee yang comel!! Hui Li !! Say Sian budak dorm aku. haha.

Yang laki aku paling rapat dengan Loong!!! Rindu mu mehh.. hahaha.. Mula2, aku ingatkan dia geng2 melayu. -_- . Rupenyer chinese. malu aku meh. Aku suka tengok Loong ni sebab muka dia sebijik cam kawan aku. Tapi Loong ingat aku nok ejaz dia. Apekes??!!! hahahaha. Loong!! Masa tu mu kabo aku lengloi~ Mu ingat aku x pehe ke! Meh aku nok kabo ke mu lop. Leng chai~~~ hahahaha. :P

8. tak tau dah nak taip apa. hahaha..


budak dorm hakoo.



Kesimpulannya.. PLKN best woii.. Sape kata tak best tu?? Hahaha.. Korang yang wajib pergi ni, jangan kalut sangat aihh.. Nanti korang pasti akan menyayangi PLKN korang. Serius!

Sekian. :)

Labels:

« older entriestoprecent entries »