@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Rutin Sekolah 2012
04 March 2013, 4:56 PM
Assalamualaikum..

I miss my routine at school last year. Mungkin selalu sama, tapi hari-hari berlalu dengan indah~~

Pagi, biasanya bangun pukul 6 a.m.. And selalu tak sempat nak breakfast dek terhegeh-hegeh nak bersedia ke sekolah.

Selalunya aku makan biskut dalam locker terlebih dahulu and minum air masak jee. Pakai kasut sambil borak2 .. And sound bilik lain kunun2 dah lewat. Padahal bilik aku paling lewat. Ngeh3..

Turun ke tempat berkumpul. Baca doa. Kalau bilik aku TERlalu lewat, biasanya kena dengar 'ceramah motivasi' daripada warden tercinta terlebih dahulu.

Naik ke dataran ilmu.. Kena duduk situ, baca yasin macam biasa. memandangkan bilik aku selalu lewat, so aku biasanya beratur bahagian belakang sekali dan pasti ada mata-mata lain yang memandang. Well.. we all memang famous macam artis. muntah

Then, dengar cikgu disiplin 'menyanyi' kat depan. Tengok student bermasalah. Itu pun nak kecoh ke? bisik hatiku masa kat sekolah dulu. haha.

Lepas tu, siap2 galas beg yang berat dengan ilmu .. naik ke kelas 5 Premier yang terletak di blok A, tingkat 3. Sebab tu lah aku malas nak riadah asrama petang2, sebab aku dah sihat duk ulang alik naik tangga 3 tingkat!

Masuk kelas, duduk. Pandang meja sebelah.. Ada bekal dari dewan makan asrama. Nasi breakfast punyer,.. Lepas tu join sekaki. Haha! Rindu weh!

Kalau hari selasa, biasanya aku akan buat2 lupa yang hari tu sepatutnya aku yang bertugas. Masa rehat pasti ada yang berbunyi. Huish.. Sibuk je semuaaa.. lalala..

Lepas breakfast, cikgu masuk. Bagi salam, baca doa, then duduk balik. Dengar dan tumpukan perhatian dalam kelas. Kononnye la. Kalau ada cite best2, aku pasti akan duk buat cite lain kat belakang. Sambil kunyah gula2. Inilah rutin harian ku. Huahua.

Kalau kelas Pendidikan jasmani.. biasanya budak laki je bersemangat turun padang. Yang gegerls, semua sibuk buat homework yang tak siap. Termasuk aku yang tak berapa bijak pandai ni. Kadang-kadang aku tak layan pun homework yang tak siap tu.. Sebab niat aku masa tu nak pi tanya cikgu sendiri daripada meniru membutee je kan? haha! Alasan takleh pakai.

Sedang orang lain sibuk buat homework, aku dengan kawan2 aku yang lain, sibuk jugak. Sibuk duk propa. hee.. Sibuk duk tangkap gambar. Kunun nak buat kenangan leee..

Then, time for REHAT !

Biasanya kalau dah lapar sangat, kami akan menuju ke kantin untuk mencari sepinggan nasik. hahaha. Gile skema ayat.

Kalau rehat di Kantin...

Aku dengan Hanim lah yang terlambat. Sebenarnya aku kut. Hakhak. Time rehat dah habis, kami baru nak habiskan nasik. time rehat habis jam 11.20 a.m.. aku masuk kelas, 11.30 . hihi..

Kalau rehat di Koperasi..

Biasanya aku beli roti yang ada hotdog disalut dengan lada hitam and sos  tu. perghh.. Best! Aku makan dalam kelas lah.. Lepas tu, rasa nak beli lagi. aku memang kuat makan! Tapi berat tak naik-naik jugak!

Then aku suruhlah bebudak yang lalu lalang tolong belikan untuk aku. Kalau takde yang sanggup, aku sanggup pi sorang2 koperasi. sebab satu blok dengan kelas aku je punn.. Tapi agak malas sikit nak turun dari tiga tingkat tu. kenapalahh sekolah aku tak buat lif?? k. ngade.

Habis masa rehat, sambung belajar balik. Kalau kelas subjek sains tulen , kami mesti pergi makmal . Jauh okeh. Nunnnnn di sana.. haha.

Kelas tamat jam 2 p.m. Lepas tu, kami kena solat zuhur berjemaah di dewan Intelek bagi kaum hawa.  Kalau ada orang masuk asrama awal, akan kena denda. warden tunggu siap2 dekat depan asrama. haha. bersemangat betul dia nak tangkap orang. -___-

Kalau ada kelas tambahan, kami akan balik dulu asrama, makan tengah hari ! okeh wait.. Aku lupa something.. oh ya! Sekolah aku buat jadual lain sikitlah...

Lepas pukul 2pm. terus sambung dengan jadual kelas tambahan. Mean kelas akan tamat awal.. Dalam jam 3 pm gitu. Then baru solat zohor. Tapi atas kehendak cikgu lah. certain cikgu nak balik awal, bolehlah wat gitu. Hee.

Then, balik asrama.. Makan tengah hari even dah pukul 3 lebih. Tengah hari lagi ke? hahaaaa..

Masuk bilik.. Mandi. Solat Asar.. Then tido. Kunun letih gilaaaa lahh ni.. Oh ye, tak baik tidur lepas asar ye. Tapi kalau dekat asrama, mata aku memang kuyu waktu petang. Kenapa eyh????

Kalau tak tidur, biasanya aku akan dengar mp3 sambil buat homework.. Tak pun , bukak netbook, layan running man ! kahkah.. warden tak tahu aku bawak netbook. tapi handphone aku tak bawak okay. aku bawak sim card je. hehe.

lepas tu, makan malam. pukul 6 petang. berbaju kurung. ayu gitu.. lepas makan , naik bilik, amek duit, beli air milo dekat rumah warden. Kedai dia famous lahh.. hahaha. famous bagi penghuni aspuri jela.

Siap2 untuk ke surau sekolah untuk solat maghrib berjemaah. Peraturan baru oleh warden baru. zzzzz...

Lepas solat maghrib and tazkirah maghrib, masuk asrama balik.. siap2 untuk prep. Aku paling suke dengar bunyik wisel.. pengalaman yang takleh dilupakan.

then, habis prep, masuk bilik. iron baju sekolah. makan maggie kalau lapar. kadang2 bilik aku suka makan maggie time maghrib. masa tu, malas nak gi surau sekolah. Nasib baik tak kena tangkap basah.

lepastu , baru masuk tidur, tutup lampu.. and, good night! aku biasanya payah nak tidur. Sebab ada je makhluk2 mengacau. Bukan makhluk halus. Tapi makhluk besar! Maksud aku ialah dia kawan aku! hahaha!


konon jadual bertugas. hahahaha!


Aku rindu moment semua tu wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Sekian.

Labels: , , ,

« older entriestoprecent entries »