@kusyi03






personal info
 stalker blog kusyi!



NOTA KAKI :

Jangan baca entri ini jikalau anda ada penyakit alergik dengan ayat-ayat di bawah. Bacalah entri di bawah pakai hati. Menulis merupakan hobi aku. Eceh. Menipu.

I am part-time in accounting.. But major in Dai'e.. Lillahitaala.



MY ACCA LIFE HERE

sincerely,
kusyi..


Follow Me




Tweets by @kusyi03

Archives

Ads

120 x 90 120 x 90





Nak daftar churpchurp? click here



Credits

theme by Steff Tabalong

Sayang ayah, sayang ibu
18 January 2013, 11:51 PM
Assalamualaikum..

Hmm. Title kali ini, saya nak semua follower and pembaca renung-renungkan . Kita kembali motivasi diri kita.

Pernahkah kita terfikir sejenak saat2 kita dilahirkan di dunia ini? Mestilah kita tak tahu saat2 indah itu, kan? Sebab masa tuu, kita masih bayi. hee..

Tapi, kita harus tahu, saat2 bayi dilahirkan orang yang paling bahagia dengan kehadiran bayi tersebut ialah ibunya kerana dia telah berjaya melahirkan bayi yang dikendong selama 9 bulan lamanya itu dengan keadaan bayi tersebut baik dan selamat.

Orang yang kedua, mestilah ayah kepada bayi tersebut. Siapa yang tak bahagia apabila ada orang baru dan comel muncul dalam keluarga mereka??


Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, 

Rasulullah SAW menjawab : ibumu

kemudian aku bertanya lagi siapa?, 

Rasulullah menjawab : ibumu

kemudian aku bertanya lagi siapa? 

Rasulullah menjawab: ibumu

kemudian aku bertanya lagi siapa? 

Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).



Tangisan pertama bayi tu amat bermakna bagi mereka. Mereka jaga bayi tersebut dengan penuh sabar. Di saat bayi tersebut mula membesar. Mula mengenal dunia. Kesabaran ibu dan ayah dalam menjaga dan mendidik anak semakin tinggi.

Ayah akan mula gigih mencari nafkah demi membahagiakan keluarga tercinta.  Ibu pula akan sentiasa berada di samping anaknya. Mengajar tentang ilmu kehidupan.

Semakin anaknya bertambah umur. Begitu juga dengan umur ibu dan ayah. Pelbagai usaha dan pengorbanan yang telah ibu dan ayah yang curahkan.

Sebagai seorang anak, apa yang perlu kita lakukan?? Bolehkah kita membalas semua jasa ibu dan ayah tu? Jawapannya , ya.

Bukan wang yang dipinta oleh ibu dan ayah. Mereka cuma menginginkan anak-anaknya sentiasa ingat akan dirinya. Sentiasa bertanyakan khabar tentang dirinya. Sentiasa menjaga mereka sepertimana ibu dan ayah pernah lakukan terhadap anak-anaknya. Susah sangat kah anak-anak sekarang melakukan sedemikian?

Paling tidak, seorang anak haruslah sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tua mereka . Walaupun saban hari ibu dan ayah semakin menginjak ke alam tua. Tetapi, mereka masih ibu dan ayah kita. Ibu dan ayah yang sentiasa menyayangi kita dari kecil hingga sekarang.

Tercetusnya idea saya menulis hal ini kerana tersentuh dengan video yang dibikin oleh FeelHoney .




Sungguh saya tidak percaya, apakah ada anak-anak sekarang sanggup membuang ibu dan ayahnya di rumah2 kebajikan? Di tepi jalan? Begitu hinakah mereka??? Astaghfirullahal'azim.. Dunia memang sudah akhir zaman. Kejahatan dan kezaliman semakin berleluasa. Apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa mohon doa dari Ilahi agar dijauhkan daripada melakukan sebarang kezaliman. In Shaa Allah. Sama-samalah kita berdoa .



Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "
Sunan al-Nasai'


Sumber hadith : sini


Ini video yang saya maksudkan :



I        my walid and ma!

Oh ya!! Sape2 nak hantar karya cerpen , puisi, lukisan and so whatever (TEMA : IBU ) , bolehlah :

ditaip oleh : insan yang menaip pakai hati. :)

pssttt : aku karang macam karang esei BM pulak. -.-'

Sekian.

Labels: , , ,

« older entriestoprecent entries »